Lima Saat … Dari Jauh

kala ku pujuk rajuk dihati
kerana ku sepi tiada lagu
kala hati merundung sepi
kau jelma bagai mimpi baru

lima saat panah ke hati
sinar matamu tusuk mataku
lima saat dunia terhenti
pandangan jauh ubati rindu

ini nukilan ubat rinduku
kerana ku tahu kau tidak tahu
betapanya aku mahukan kamu
walau ku tau kau tak kan mampu

hanya ku mampu mengharapkan mu
agar datang dekat dengan ku
hanya ku mahu kau hanya untuk ku
walau ku tahu kau bukan milikku

kerana itu ingin ku mengemis
secebis rasa dari hatimu
kerana aku tak mahu menangis
kala ku sepi tiada lagu

ingin ku jerit kepada dirimu
walau ku tau tak kan ku mampu
pandanglah ke sini, senyum padaku
walaupun lima saat … walaupun dari jauh…

chedd eddie yusoff

July 3rd 2008

Rapuhnya hidup kita…

Assalamualaikum sayang sayang semua… esok saya insyaAllah akan melangkah ke angka baharu… 41tahun. subhanAllah
 
Kebelakangan ini di timeline saya banyak berita yang tidak mengembirakan, ada kawan yang pergi, ada kawan yang sakit. jelas hidup ini singkat dan kita tidak boleh angkuh dengan kesihatan dan apa jua keadaan yang kita ada. sekelip mata Allah bisa tarik.
 
Untuk itu bersempena hari kelahiran saya yang ke 41 pada 24hb Mei ini, saya mohon kawan kawan semua untuk sentiasa doakan antara sesama kita akan kesejahteraan dan kesihatan dari tuhan yang Maha Esa untuk kita semua, serta sama samalah kita jaga aib sesama kita sekiranya ada, kita semua makhluk Allah yang kerdil tak lari dari kesilapan…
 
Dan juga harap dapat halalkan makan minum saya, kalau ada hutang yang mungkin saya terlupa mohon PM kepada saya dan maaf serta ampunkan dosa saya mana yang ada bersama anda.
 
Juga sekiranya terjadi apa apa pada saya bila bila pun, mohon doakan kesejahteraan saya juga ketenangan buat wajah wajah kesayangan yang bakal saya tinggalkan. Selain menulis di wall saya, bertanyakan khabar jugalah kepada mereka yang bakal saya tinggalkan sentiasa.
 
kepada anda semua , saya halalkan segala makan minum serta hutang piutang dan saya maafkan apa jua sekiranya ada dan alhamdulillah serta insyaAllah ini sentiasa saya lakukan setiap hari dan akan doakan yang terbaik buat semua.
 
Assalamualaikum.

Tanpa Goodbye

Tiba tiba terbayang zaman dahulu kala…

Tanpa SMS,
Tanpa email,
Tanpa Whatsapp,
Tanpa Video Call…

Orang sekarang baru sehari tiada khabar kerana orang di sana tiada data roaming pun sudah perit terasa… apatah lagi mereka yang bercinta zaman dahulu kala yang pergi tinggalkan…

Berhari-hari,
Berminggu-minggu,
Berbulan-bulan,
Bertahun-tahun…

Perit tersiat-siat, bagai ditabur cili, garam dan cuka terasa agaknya…

Lebih-lebih lagi bila yang disayangi pergi tanpa kata ucap selamat jalan… Begitu sahaja.

Rentan sendirian sahaja lah jawabnya…

1538
17/05/2016
Kota Damansara

Kelabu Dan Biru

Dua tanda kelabu,
Kenapa masih belum biru,
Apakah kau lupa pada ku,
Hingga aku merasa ragu…

Masih belum tanda biru,
Bisa buat hati haru,
Kerna rasa ingin tahu,
Masihkah kau mahu pada ku…

Dua tanda biru,
Aku senyum sipu sipu,
Kau sedar kewujudan ku,
Namun kenapa belum dibalas sapaan ku?

Menanti status whatsapp juga satu penyiksaan
LOL

5:56pm
5th May 2016
Kota Damansara

 

 

Di tebing Sungai Yarra

Di tebing Sungai Yarra,
Di tepi sepi ini,
Di dalam rasa lara,
Di hujung jelajah diri.

Ku rindu yang jauh di sana,
Ku rindu bersua, itu ku ingin,
Ku mahu dia ada bersama,
Ku mahu dia di sini, memegang angin.

Di tebing Sungai Yarra,
I really wish you are here with me…

8:37pm
02/05/2016
Yarra River
Melbourne Australia

 

Rajuk Hujung Dunia

Dari kejauhan
Dari hujung dunia
Dari sudut terdalam
Dari jiwa yang tak tenteram

Tertanya lubuk risau
Tertanya gundah rasa
Tertanya mana dimana
Tertanya apa siapa

Kata naluri tiada apa
Kata syak mungkin juga
Kata hati biarkan saja
Kata wasangka ada ragu nya

Rajuk rasa tiada berita
Rajuk lara tahu tempat dirinya
Rajuk sedar diri ini siapa
Rajuk semoga tenang sentiasa

Semuga sihat tiada cela
Semuga tiada risau dilanda
semuga tenang bahagia di sana
Semuga tidak merasa apa yang sini terasa…

Assalamualaikum

29/04/2016
Rotorua New Zealand