#SegalaPerasaan

Buat begini salah, buat begitu salah, bila buat lain dan di luar kotak masih akan ada orang kata salah, bila buat yang biasa orang buat orang kata tak de idea ke dah?

Habis tu nak camana? Semua benda salah. Tak akan pernah dapat buat sesuatu yang semua orang suka. Setiap orang ada pilihannya. Pada kamu itu pilihan kamu, saya hormati, pada saya rasa ini sangat bagus luar kotak tak cliche . Cer kalau artis Hollywood yang nyanyi lagu ala ala Segala Perasaan buat video cengini? Mesti takde komen kan.

Anyway itu hak org bersuara, itu pendapat anda. Dan ini pendapat saya .

Seperti Marr Mohamad, saya juga orang dalam industri dan kerja saya berkaitan penciptaan konsep dan creative contents dan saya bagi 5 bintang out of 5 sebab luar dari kebiasaan dan berani.

Sederhana itu kuasa
Merubah jadi luar biasa
Berbeza dengan yakin
Menerima apa yang lain
Menghayati dengan hati
Bukan emosi
Jika intinya elok
Jiwanya tidak berbelok-berbelok.
#simetrisiti #cekaluntukkekal #takhidupdekpujitakmatidekkeji

empatpuluhdua

Thank you from the bottom of my heart for all the wishes you sent to me, the calls that you made, the notes that you wrote and the cakes that you gave and i hope i replied to each and everyone of you. maaf kalau terlepas pandang because i did try to read all and reply all. insyaAllah . letih tapi happy hahaha sebab ada 2 akaun FB . hehehe

Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih. Doa yang sama buat kamu semua, sesungguhnya birthday ini lebih untuk meraikan arwah mak dan abah saya namun mereka telah lama pergi menghadap ilahi. Semenjak kecil memang saya tidak pernah menyambut hari lahir, kali pertama menyambut di Kuala lumpur bila mula berhijrah mencari rezeki sebab kawan kawan raikan namun setiap kali birthday tetap mak yang saya rindukan, bagi kawan kawan yang masih punya ibu bapa, jagalah mereka sebaik boleh kerana takkala mereka sudah tiada , perasaannya tak dapat saya nak kongsi atau gambarkan…. merekalah segala galanya.

Sekali lagi terima kasih atas doa korang dan bagi yang muslim saya mohon juga sedekah Al-Fatihah buat arwah ibubapa saya Safiah binti Othman dan arwah abah Che Yusoff bin Muda juga pada semua kesayangan kita yang telah tiada kalau ada kesempatan. terima kasih atas doa semua. I LOVE YOU, ALL OF YOU.

Anisoptera

Dah memang namanya Judika,
Judika juga lah bunyinya,
Dah memang namanya Siti,
Cik Siti juga lah serinya,
 
Takkan Judika berlagak Tompi
Takkan Sheila bernuansa Siti
Takkan M Nasir berbunyi Aubrey
Takkan si Audi beridentiti Tohpati
 
Itu keistimewaan mereka sendiri
Punya bunyi suara tersendiri
Anugerah dari Ilahi
Bersama kita mereka kongsi…

 
10:25am – Friday 12th May 2017
Kota Damansara – Marah
P/S : Walaupun mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain,  kau tetap tidak boleh berjalan. poyolah!

lagu untuk idola

Kau Ku Nanti

verse 1
Ku menanti
Hadirmu dalam hidupku
Sempurna nafas nadi ku
Noktahkan penantian ini…

verse 2
Terus menanti
Tawa dan tangis mu
Mengisi sepi ku
Walau ku tahu

C/O
Rahsia ini
Tak dapat aku selami,
Selami kedalam jiwa
Jiwa cari makna rahsia…
Cinta ini….
Tercipta sekian lama….
Ku mengharap
Di kurnia cinta…

verse 3
Perit ini…
Meski tiada siapa tahu
Ku biarkan waktu berlalu
Penjara sepi ku di sini

verse 4
Tetap menanti
Ku dikurung waktu
Namun aku pasti
Hanya kau yang tahu

C/O
Rahsia ini
Tak dapat aku selami,
Selami kedalam jiwa
Jiwa cari makna rahsia…
Cinta ini….
Tercipta sekian lama
Ku berharap
Di kurnia cinta…

Bridge
Dalam diam ku merindu
Tanpa sedar ku tersenyum
Tutup luka tiada siapa pun yang tahu

C/O
Rahsia ini tak dapat aku selami,

Cinta ini….
Tercipta sekian lama kasih…
Ku berharap tiba kurnia cinta…

Kau ku nanti

song/lyrics : Chedd Eddie Yusoff
Sri Damansara 13 November 2016

Singgung 

Anak cina main sepak raga,

Terlebih seronok jatuh tersadung,

Kata dan tutur harus di jaga,

Takut ada hati tersinggung.
Terkinja-kinja mengalahkan kera,

Tercungap-cungap tak petah berdiri,

Kalau sedar, mohon lah maaf segera,

Kalau tidak muhasabah lah diri…
Genting Sempah 

7 am